Telegram: Generasi bot
Ada 2 generasi bot. Generasi awal, yang seperti user biasa - perlukan phone number dan seperti user biasa dapat baca kesemua mesej dalam group yang dia join. Bot yang guna command mula dengan !
tu adalah generasi awal.
Bot generasi baru menggunakan official Bot API. Nama dia mesti ada “bot” kat belakang. Tak perlukan phone number. Cuma boleh terima mesej yang dihantar khusus kepadanya - sama ada melalui command seperti /cari
, /help
atau pun kalau mention nama dia seperti @kambingbot
dan sebagainya. Boleh terima semua mesej kalau privacy setting bot itu diubah.
https://github.com/yagop/telegram-bot - bot generasi awal. Based on Lua so in theory boleh run kat windows.
https://github.com/yagop/telegram-bot - A Telegram Bot based on plugins
https://github.com/yukuku/telebot - bot generasi baru, based on Python, run on app engine.
https://gist.github.com/k4ml/04867dc17389a1cfba45 - also on python tapi just basic example.
Satu lagi library pilihan saya untuk develop bot adalah https://github.com/python-telegram-bot/python-telegram-bot. Menggunakan library ini, membina bot adalah semudah beberapa baris code seperti di bawah:-
from telegram import Updater
updater = Updater(token='token')
dispatcher = updater.dispatcher
def start(bot, update):
bot.sendMessage(chat_id=update.message.chat_id, text="I'm a bot, please talk to me!")
def echo(bot, update):
bot.sendMessage(chat_id=update.message.chat_id, text=update.message.text)
dispatcher.addTelegramCommandHandler('start', start)
dispatcher.addTelegramMessageHandler(echo)
updater.start_polling()