Masih relevankah mobile app untuk pembinaan jenama ?
Dengan beratus mobile apps yang ada hari ini, cabaran utama bagi setiap pembangun app ini adalah untuk mendorong pengguna memasang app tersebut ke telefon mereka.
Untuk mempengaruhi pengguna memasang app ini memerlukan sebab yang kukuh, dan bukan sekadar untuk menerima notifikasi yang boleh diperolehi melalui pelbagai saluran lain lagi.
Progressive web app (PWA) adalah fungsi-fungsi baru dalam browser moden yang membolehkan pembinaan web app yang mirip-mirip kepada mobile app. Kelebihan PWA adalah tiada sebarang proses instalasi diperlukan.
Pengguna hanya perlu melawat alamat laman web PWA tersebut dan jika mahu, bersetuju untuk menerima Push Notification yang akan menghantar notifikasi ke telefon pengguna, walaupun mereka tidak membuka laman web tersebut.
Dalam gambar pertama di bawah, saya menggunakan laman http://whatwebcando.today/ untuk melihat fungsi-fungsi native app yang sudah disokong oleh browser mobile di telefon saya.
Manakala dalam gambar kedua adalah contoh push notification menggunakan https://storage-cdn.realtime.co/chrome-push/index.html