Lua: Bahasa pengaturcaraan 'nasional' Brazil

Tagged as: ,

Lua adalah sebuah bahasa pengaturcaraan berasal dari Brazil, dan amat popular digunakan sebagai scripting language dalam aplikasi seperti games. Lua pada masa sekarang bagaimana pun berupaya sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan umum sebagaimana bahasa lain seperti Java, Python, JavaScript, C# dan lain-lain.

Ia dibina pada tahun 1993 oleh Roberto Ierusalimschy, Luiz Henrique de Figueiredo, dan Waldemar Celes, yang merupakan ahli Computer Graphics Technology Group (Tecgraf) di Pontifical Catholic University of Rio de Janeiro (PUC-Rio), Brazil.

Lua pada asalnya dibina untuk memenuhi keperluan Petrobras, iaitu syarikat petroleum nasional Brazil. Bermula dengan hanya bahasa mudah untuk data entry yang digunakan oleh jurutera Petrobras bagi menghasilkan program simulasi, ia berkembang menjadi sebuah bahasa pengaturcara yang berupaya membina pelbagai jenis aplikasi.

Satu perkara yang menarik berkaitan perkembangan Lua adalah polisi trade barriers kerajaan Brazil antara tahun 1972 hingga 1992. Polisi ini mengenakan syarat yang ketat untuk penggunaan teknologi dari luar berkaitan perkakasan dan perisian komputer. Disebabkan syarat ini, Tecgraf tidak mempunyai kemampuan untuk membeli aplikasi dari luar Brazil dan mendorong mereka untuk membinanya sendiri.

Sebagai kesimpulan, ada 2 poin penting yang boleh diambil pengajaran sebagai panduan dalam membina keupayaan pembangunan perisian negara iaitu peranan universiti dalam melakukan kajian dan seterusnya menghasilkan teknologi baru dan polisi kerajaan dalam menggalakkan penggunaan teknologi tempatan.

Written on August 1, 2018 by kamal
About author

Lead Engineer at Xoxzo Inc. Develop web applications in Python/Django. Interested in open source and tech talent development.

Xoxzo.com provide API services for developer to develop messaging and voice based application. The postings on this site are my own and don't necessarily represent my employer's positions, strategies or opinions. I can be reached via Twitter @k4ml.

Ikuti perkembangan terkini melalui twitter kami @koditi atau FB Page fb.me/koditi.