Langkah Pertama Menjadi Penyumbang di Github
Ramai developer sekarang sudah mula menggunakan Github untuk menyimpan code yang mereka hasilkan, ataupun mendapatkan code daripada developer lain. Namun fungsi sebenar Github adalah untuk memudahkan kolaborasi. Salah satu bentuk kolaborasi adalah dengan menguji patch/changes yang dihantar oleh developer lain.
Mulakan dengan fork repo yang anda berminat untuk menjadi penyumbang. Untuk tujuan
artikel ini, saya memilih projek Laravel di URL berikut:-
https://github.com/laravel/framework
Setelah proses fork selesai, saya akan mendapat salinan repo yang sama di URL:-
https://github.com/k4ml/framework
Langkah kedua adalah dengan checkout repo yang baru kita fork tadi:-
git clone https://github.com/k4ml/framework.git
Langkah ketiga - add repo asal Laravel sebagai upstream:-
cd framework
git remote add upstream https://github.com/laravel/framework.git
Sekarang kita masuk ke bahagian yang ditunggu-tunggu. ‘Menarik’ pull-request oleh developer lain dan mengujinya di komputer kita. Format arahan untuk tujuan ini adalah:-
git fetch origin pull/<pull-request-id/head:<local-branch-name-to-pull>
Sebelum itu, pastikan dulu nama branch yang menjadi target pull-request tersebut. Jika anda lihat pada gambar di bawah, anda boleh baca ayat seperti berikut - “ themsaid wants to merge 1 commit into laravel:5.2 from themsaid:validate-unique-for-arrays”.
Ini bermaksud target pull-request ini adalah branch bernama 5.2
. Jadi pastikan kita berada dalam branch tersebut:-
git checkout 5.2
Anda boleh dapatkan senarai pull request di url https://github.com/laravel/framework/pulls.
Saya pilih pull request bernombor 12612.
git fetch upstream pull/12612/head:test-pr
Anda akan mendapat output lebih kurang berikut:-
remote: Counting objects: 4, done.
remote: Compressing objects: 100% (4/4), done.
remote: Total 4 (delta 0), reused 3 (delta 0)
Unpacking objects: 100% (4/4), done.
From https://github.com/laravel/framework
* [new branch] refs/pull/12612/head -> test-pr
Untuk memastikan anda mendapat changes yang betul, jalankan command git diff
:-
git diff 5.2...test-pr
Bandingkan dengan changes yang anda lihat di https://github.com/laravel/framework/pull/12612/files:-
Sekarang anda boleh mula menguji pull request tersebut dan seterusnya berkongsi hasil yang anda dapat dalam ruangan diskusi pull request berkenaan.