Bagaimana AWS Bermula

Tagged as: ,

AWS (Amazon Web Services) adalah antara perkhidmatan tunjang dalam infrastruktur Internet hari ini. Banyak laman-laman web utama seperti Dropbox, Instagram, Netflix, Reddit dan sebagainya, menggunakan infrastruktur daripada AWS. AWS bermula dengan menyediakan perkhidmatan virtual server yang dipanggil EC2 di mana penggunaan server fizikal dapat digantikan dengan hanya software yang lebih senang untuk dibina dan diselenggarakan.

Hari ini, AWS menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan perkomputeran seperti simpanan data (S3, Glacier), pangkalan data (RDS, Redshift, SimpleDB), networking (VPC, Route 53) dan berpuluh perkhidmatan yang lain.

Setelah sekian lama menggunakan perkhidmatan AWS ini, saya terdorong untuk menyelidik bagaimana perkhidmatan yang menyumbang pendapatan USD5 billion kepada Amazon Inc ini bermula.

Idea asal AWS datang daripada seorang engineer biasa di Amazon sekitar tahun 2003. Benjamin Black bekerja sebagai Network Engineer dengan pengurusnya Chris Pinkham. Sebagai Network Engineer, beliau bertanggung-jawab memastikan kelancaran sistem rangkaian yang memacu laman Amazon.com.

Benjamin Black dan bosnya Chris Pinkham kemudian menulis kertas cadangan bagaimana sistem rangkaian dan perkomputeran di Amazon dapat diperbaikkan dalam bentuk yang lebih standardized serta diautomasi sepenuhnya (fully automated). Di penghujung kertas cadangan tersebut, mereka menyatakan kemungkinan untuk menjual virtual server sebagai perkhidmatan.

Kertas cadangan tersebut kemudian dipersembahkan kepada CEO Amazon, Jeff Bezos yang ternyata terus berminat dengan idea penjualan virtual server dan meminta proposal yang lebih lengkap disediakan.

Chris Pinkham kemudian ditugaskan untuk mengepalai projek pembinaan virtual server yang kemudiannya dikenali sebagai EC2. Yang lebih menariknya di sini adalah Chris Pinkham pada masa itu telah membuat keputusan untuk kembali ke tempat asal beliau di Afrika Selatan.

Amazon bagaimana pun tidak ingin melepaskan beliau dan akhirnya memberi pelepasan kepada beliau untuk menjalankan projek EC2 secara remote dari Cape Town, Afrika Selatan. Dari sana, Chris Pinkham membentuk kumpulan engineer yang bekerja membina EC2 selama 2 tahun.

Antara dapatan menarik daripada kisah ini adalah bagaimana Jeff Bezos memberi perhatian kepada idea serta cadangan pekerjanya dan telah dijadikan case study dalam buku The Alliance sebagai satu contoh gaya pengurusan yang baik.

Sumber:-

  1. http://www.businessinsider.com/amazons-game-changing-cloud-was-built-by-some-guys-in-south-africa-2012-3
  2. http://www.businessinsider.my/benjamin-black-and-amazon-web-services-2014-7/
  3. http://blog.b3k.us/2009/01/25/ec2-origins.html
Written on December 19, 2015 by kamal
About author

Lead Engineer at Xoxzo Inc. Develop web applications in Python/Django. Interested in open source and tech talent development.

Xoxzo.com provide API services for developer to develop messaging and voice based application. The postings on this site are my own and don't necessarily represent my employer's positions, strategies or opinions. I can be reached via Twitter @k4ml.

Ikuti perkembangan terkini melalui twitter kami @koditi atau FB Page fb.me/koditi.